Resep Air Jamu Untuk Bersihkan Rahim Selepas Datang Bulan Untuk Cegah Kumpulan Darah Kotor yang Tersumbat.Mohon Share Ya...!!

Air jamu ini sangat bagus untuk membersihkan rahim selepas haid, bertindak untuk membuang angin dan memecah lemak serta mengatasi masalah bau badan dan kumpulan darah kotor.


Orang tua selalu pesan supaya anak-anak perempuannya menjaga bahagian dalaman terutama sekali bahagian yang paling intim itu. Sebabnya di situlah juga terletak rahsia kebahagiaan rumah tangga.

Kalau mahu mantapkan dalaman, amalan sejak dahulu tentunya minum air jamu dan salah satu yang boleh kita praktikkan adalah minuman air jamu selepas haid.

Tak perlu beli kerana minuman ini boleh dibuat sendiri saja. Cukup mudah tapi khasiat untuk dalaman wanita tidak boleh dispelekan. Sebab khasiatnya itu lah jamu ini jadi jamu turun menurun dari satu generasi ke satu generasi.

Jamu Pasca Haid 

Minum air rebusan ini setelah habis masa Haid 😘

  • Jahe (sebesar ibu jari)
  • Kunyit (sebesar ibu jari)
  • Serai (2 btg)
  • Daun Pandan (2 helai)
  • Madu (sesuai selera)
  • Air 3 gelas


Tambahan (jika perlu)

  • Sirih (2 helai) - utk masalah keputihan
  • Manjakani (1 biji) - utk merapat miss v - (x sesuai utk anak dara)


Rebus semua bahan hingga menjadi 1 cangkir air minum hangat-hangat

hanya minum sebulan sekali saja setelah datang bulan (haid) 😉
Khasiatnya :

  1. Membersihkan rahim selepas haid
  2. Mengeluarkan angin dalam tubuh
  3. Memecahkan lemak-lemak di perut
  4. Mengurangkan masalah bau badan
Catatan:

Amalkan air ini sebulan sekali dan ingin diingatkan, air ini tidak sesuai untuk ibu mengandung. Air jamu ini tidak pahit bahkan harum. Cuma jika ditambah biji manjakani akan menjadi sedikit pahit. Jangan amalkan berlebihan kerana sirih dan kunyit berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid.

Komentar